Ahad, 22 Ogos 2010

Tema Kemedekaan 2010

Tema Hari Merdeka/Kebangsaan 2010 menarik sekali
1Malaysia Menjana transformasi
Usaha berterusan perlu dan sudah semesti
Agar tema dapat dicapai dan tidak sekadar menyedapkan kata dan hati

Perdana Menteri Malaysia




Perdana Menteri Malaysia yang memimpin negara sampai bertahan hingga ke hari ini

Asal-usul Jalur Gemilang



Nama bendera Malaysia diajukan oleh Tun Mahathir bin Mohammad pada malam 31 Agustus 1997 sehubungan dengan peringatan hari Kemerdekaan ke-40 negara itu di Lapangan Merdeka. Jalur menggambarkan bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Jalur pada bendera Malaysia ini menggambarkan satu haluan yang lurus, arah tujuan yang sama yang diikuti oleh seluruh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah menuju kegemilangan bangsa dan negara. Gemilang berarti bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Karena itu, Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengarungi kehidupan baik di dalam maupun di luar negeri. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk meningkatkan citra negara, sesungguhnya senantiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Sejarah Bendera Malaysia




Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.
Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.
Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-  Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Cara-cara Memupuk Semangat Patriotik Dikalangan Masyarakat


Patriotisme seringkali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri–ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Di dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sekali. Di atas kepentingan patriotisme, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah mengingatkan, “tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita. Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama dalam sejarah saja”. Dalam usaha untuk menanam dan memupuk semangat patriotisme, elemen sejarah merupakan antara medium yang boleh digunakan untuk menerapkan semangat tersebut. Dalam episod sejarah hidup Sun Tzu, selain soal strategi perang, ada dua hal yang perlu kita titikberatkan. Pertamanya adalah soal patriotisme atau kecintaan terhadap rakyat dan negara dan keduanya tentang pengorbanan. Sun Tzu amat menekankan semangat patriotisme dan pergorbanan keranan dua elemen inilah yang paling penting jika ingin mempertahankan kedaulatan negara.
 
 Makna patriotisme tidak berubah, iaitu cinta yang kental dan kekal terhadap bangsa dan negara Malaysia. Tetapi fokus atau bentuk patriotisme mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Bagi generasi yang melalui pengalaman yang berbeza, fokus patriotismenya mungkin juga berbeza, walau pada hakikatnya ia tetap berpaksi pada makna yang sama. Bagi generasi pra-merdeka, fokus patriotismenya ialah memperjuangkan kemerdekaan. Selepas itu, fokus patriotismenya ialah mengisi kemerdekaan. Bagi yang melalui zaman konfrontasi, fokusnya ialah mempertahankan kedaulatan Malaysia yang baru dibentuk. Bagi yang mengalami tragedi 13 Mei 1969, fokusnya ialah meningkatkan perpaduan rakyat manakala pada masa kegawatan ekonomi pula, fokusnya ialah mempertahankan kedaulatan ekonomi negara.
 
 Semangat patriotisme rakyat terutama generasi pasca merdeka perlu sentiasa dipertingkatkan melalui pelbagai program yang menjurus ke arah itu. Kita perlu menerima hakikat, manusia seringkali mudah lupa untuk melihat kembali sejarah. Sebab itu, semakin lama usia kemerdekaan negara, semakin mudah rakyat khususnya generasi selepas era tersebut lupa akan pentingnya semangat patriotisme ini meskipun dari segi fizikalnya kita telah bebas dari penjajahan. Yang jelas, masyarakat hari ini sudah berada dalam zon selesa, makmur dan bebas melakukan apa sahaja. Lantas, ancaman seperti pengaruh budaya liar menyusup masuk ke dalam jiwa tanpa disedari.



 Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

Isnin, 16 Ogos 2010

Puisi Sajak Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan

Puisi Patriotik Bulan Kemerdekaan
Merdeka
SUMPAH ANAK MERDEKA
Aku anak merdeka


Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka


Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka


Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka


Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir


Wangsa Maju

PADA TANAH MERDEKA INI
Kami kenal tanah ini


selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini


telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur


kerana dengan korban suci

Nukilan:


Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

UNTUK BANGSA MERDEKA
Untuk sebuah bangsa merdeka


jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngeri
keluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.

Untuk sebuah bangsa merdeka


luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa tentang jerit bahasa.

Untuk sebuah bangsa merdeka


teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.

Seperti sebuah jarak padang terbuka


tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiri
bersyukur kepada hari-hari lalunya.

MOHD FADZIL YUSOF

CINTA WAJA WARGA MERDEKA
Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana


menjulang jalur gemilang bersama sejarah
Yang tertarik ceritera luka bersama air mata
dari simbahan maruah moyang berzaman
inilah bisikan cinta kami
istana kasih yang kukuh
merangkul mesra di persada visi
menganyam janji pada diri.

Meski telah kami punahkan sejarah berdarah


dalam zikir kasih menyusur perjuangan
namun segala yang pernah musnah
membangkitkan urat nadi pembela pertiwi
menjujnjung martabat bangsa bermaruah
kerana, kamilah warisan turun temurun
memadu sumpah buat dititipkan
pada seluruh cakerawala setia
- akan kami laungkan keamanan
- akan kami nyanyikan semangat merdeka.

Di maya ini, kami tafsir segala peradaban


menyirami kuntum perkasihan di laman
telah kami baja keakraban pengalaman
musteru ngeri luka silam masih mengimbau
menggamit sejuta pesona waspada
akan kami tangkis durjana menepis
mengikis tapak sengsara di mata
di sini, kamilah anak merdeka
melangkah maju tidak gementar
membentuk wawasan tidak gegar.

Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki


melaut kasih pada keharmonian
kamilah pejuang pembangunan abadi
akan kami cincang cabaran merentang
akan kami tentang jejak melentang
kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan
dengan benteng sejuta pagar keamanan
akan kami wangikan seluruh maya
menabur bunga bijaksana bangsa
atas gemala cita menyatu sejahtera
tidak akan rebah dimamah sejarah
tidak akan goyah dipatah dugaan
kami abadikan seluruh degup jantung
membina cinta waja dalam sumpah
- kami anak merdeka
ada misi membentuk kemenangan
ada visi membentuk kemahuan.

Karya: Sabariah Bahari
AKSARA MERDEKA

NeGaRakU !!

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta.